Friday, November 30, 2012

Rogol gadis bawah umur, kemaluan disimbah asid


Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Seorang pengunjung PAU 2012 di PWTC meninggal Dunia, Sakit Jantung






Seorang pengunjung ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditemui meninggal dunia di hadapan Hotel Seri Pacific KL petang ini.

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Ahmad Hariri Alang Othman dari Kamunting, Perak. Allahyarham 62 tahun dikatakan terjatuh selepas dipercayai diserang sakit jantung semasa sedang berjalan-jalan.


Marilah kita sama-sama membawa surah Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada arwah.

Radhi Zainon terpaksa impot satu Bas Penceramah Pembangkang Untuk Serang YB Dato Hamidah



Akibat tidak ramai lagi penyokong Pas mendengar ceramah mereka di kawasan DUN Sungai Rapat, Radhi Zainon terpaksa mengimpot sebanyak 8 muka-muka penceramah hipokrit untuk berceramah di kawasan DUN Sungai Rapat.

Sampai macam tu sekali  Pas takut dengan YB Dato Hamidah Osman!

Radhi Zainon terpaksa memanggil Nurul Izzah kerana ramai penyokong Pas telah tidak lagi bersama Pas sejak Nurul Izzah menyatakan orang Melayu bebas memilih Agama mereka sendiri  jika mereka suka.





YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang.

Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.

Memang kenalah dengan Nga Kor Ming yang mempuyai skandal tender tukang jahit Ethan dan Elthon yang dipunyai oleh isterinya telah mendapat tender dari MBI walaupun harganya terlalu mahal dari penender lain.

Oleh itu malam ini rakyat akan hanya disajikan dengan pembohongan demi pembohongan ....maklumlah Kampung Ara Payung kawasan pedalaman.....senang nak tipu.

Ingat Radhi Zainon ingat penentang Sekolah Agama Rakyat

Ramai Warga Melayu Singapura menitis air mata mendengar ucapan Dato Sri Najib! Kenapa?




Pagi tadi saya berpeluang berbicara dengan seorang pelancong Singapura yang bernama Pak Ibrahim. Mereka datang dengan sebuah bas pelancongan dari perumahan Melayu Jurong Singapura akan menginap di Pulau Pangkor selama satu malam sebelum ke Kuala Lumpur.

Sebelum itu mereka sempat singgah di kawasan bersejarah Pasir Salak, Kellie's Castle dan terus ke Pulau Pangkor.

Sementara Pak Ibrahim sedang menunggu rombongan mereka yang memasuki kawasan bersejarah Pasir Salak yang agak lama, saya cuba mendekati Pak Ibrahim dengan harapan untuk bertanya khabar keadaan orang Melayu di Singapura.

Pda mulanya Pak Ibrahim ini takut untuk berkata-kata dengan saya  mengenai keadaan orang Melayu Singapura, ditoleh ke kiri dan kanan, agaknya tidak ada sesiapa di kawasan itu maka dia mula menjawab salam saya.

Saya tanya Pak Ibrahim, selalu ke datang ke Malaysia? Pak Ibrahim kata selalu juga kerana kata Pak Ibrahim di Malaysia banyak perkampungan Melayu seronok apabila datang ke sini.

Kg Melayu Di Singapura yang lenyap

Di Singapura dah tak ada ke perkampungan Melayu, tanya saya. Pak Ibrahim jawab, ada tapi terlalu sedikit, itu pun tunggu untuk dirobohkan kerana alasan pemerintah tujuan pembangunan.

Saya tanya lagi. tak boleh ker orang Melayu pertahankan perkampungan Melayu itu. Didahului dengan gelak kecil Pak Ibrahim berkata Melayu di Singapura dan Di Malaysia terlalu jauh perbezaannya.

Saya tanya lagi apa perbezaannya? Pak Ibrahim sambil menoleh kekiri dan kekanan berkata Di Malaysia orang Melayu beruntung kerana bebas boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Tetapi  orang Melayu di Singapura tak ubah seperti burung dalam sangkar, katak dalam cermin, katanya lagi.

Pak Ibrahim terus berhujah walaupun saya belum sempat bertanya, katanya orang Melayu di Singapura tidak mampu melakukan apa-apa walaupun pemerintah menaikkan harga barang, tambang MRT, tambang bas dan naikkan harga minya sekalipun. Malah nak tengok TV3 pun mereka memantaunya apalagi berkumpul lebih dari 2 orang....sekejap jer kena tangkap tanpa bicara.

Kenapa tak buat demonstrasi seperti rakyat Malaysia lakukan, kata saya. Pak Ibrahim mencelah, jika itulah niat kita belum sempat kita buat demonstrasi pihak Polis yang berpakaian preeman(awam) akan tangkap kita dan terus sumbat kita dalam penjara tanpa soal jawab, kata Pak Ibrahim.

Sebenarnya kata Pak Ibrahim, hampir 100% orang Melayu di Singapura  memang menyokong dasar Datuk Sri Mohd Najib sehinggakan semalam ramai yang menangis semasa ucapan Najib. Mereka tahu Najib memang ikhlas untuk menjaga kepentingan orang Melayu tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.

Kami di Singapura suka tengok TV3, RTM1 dan RTM2 kerana dari situlah kami dapat sedikit sebanyak mengikuti kejadian yang berlaku di Malaysia, kata Pak Ibrahim.

Saya mula mengorek pengetahuan Pak Ibrahim yang berumur 71 tahun lebih mendalam lagi. Saya bertanya, bagaimana keadaan pembangkang yang terdiri daripada orang Melayu di Malaysia yang sukakan pemerintah Malaysia diserahkan kepada cina DAP? 

Sambil golek kepala Pak Ibrahim berkata, orang Melayu di Malaysia masih tidak sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh orang kafir seperti cina DAP.

Jika mereka dapat kuasa walaupun sejam sahaja mereka sudah boleh melakukan banyak perkara yang tidak terfikir diakal kita seperti yang berlaku di Singapura.


Pak Ibrahim kesal dengan pemimpin Pas yang sanggup berdoa untuk menghancurkan sesama Islam.

Mereka boleh bertukar rupa hari ini kawan esok adalah lawan, itulah cina DAP. Bagaimana Pak Ibrahim tahu? Pak Ibrahim sudah berumur 71 tahun nak! Pak Ibrahim teringat lagi bagaimana Lee Kuan Yew hendak mengambil hati orang Melayu ketika PAP belum lagi mendapat kuasa.

Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok, memasuki surau, makan sekali dengan jemaah masjid dan surau. Bukan itu sahaja Lee Kuan Yew sanggup berada di sesebuah kampung 2-3 hari bergotong-royong membersihkan kampung bersama -sama orang Melayu, tetapi apabila PAP dapat sahaja kuasa orang Melayu terus ditindas

i. tiada menteri kanan orang Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit? ...

ii. kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi dan dikawal rapi ...orang melayu Singapura memang sentiasa dicurigai dan tidak dipercayai?

iii. Kalau orang Melayu bekerja di syarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura disebabkan warna kulit yang sama.

iv. Budak-budak Melayu kesekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya kesekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula berturban.. takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung...

v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan, takut orang Melayu pandai menggunakan senjata.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah.

v. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayu. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, peguam ikut merit kata pemerintah

vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pengenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

viii. Tiada lagi kampung Tradisional orang Melayu di Singapura

ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu dikecilkan.

Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .

Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat dikhemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu ditanah kelahiran mereka itu kerana ditindas orang cina yang pendatang.

Ada juga beberapa pemimpin bukan Melayu nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Kita orang lama sudah tahu asam garam keadaan di Singapura.

Saya dengar DS Najib bagi banyak bantuan kepada orang Melayu di Malaysia seperti BR1M, TR1M, SARA1M, bantuan 1 AZAM, kata Pak Ibrahim. Saya cuma mengiyakannya Pak Ibrahim yang banyak pengetahuan mengenai Malaysia.

Kami di Singapura jangan haraplah, kalau ada pun semua penduduk cina yang dapat, Melayu tengok sahaja.

Diakhir perbualan sekali lagi Pak Ibrahim menitiskan air mata apabila mengenangkan keadaan orang Melayu di Malaysia akan jadi sama dengan orang Melayu di Singapura jika masih memilih DAP, PAS dan PKR. Pak Ibrahim menasihati saya agar beritahulah kawan-kawan bahawa DS Najib memang ikhlas dalam pejuangan....sokonglah dia jika mahu orang Melayu tidak menerima nasib yang sama seperti kami(orang Melayu Singapura).

Sebelum menaiki bas Pak Ibrahim memberi peringatan kepada saya agar jangan ambil gambar beliau kerana jika diketahui oleh pemerintah Singapura, Pak Ibrahim hanya sempat sampai ke pintu sempadan sahaja lepas tu akan disumbat ke dalam penjara.

Itulah pendedahan ikhlas dari Pak Ibrahim sambil berlinang air matanya mengenang nasib orang Melayu di Malaysia dan Singapura.

Sebelum nasib orang Melayu sama dengan nasib orang Melayu di Singapura, perwakilan UMNO wajar memainkan peranan untuk menaikkan semangat ahli-ahli UMNO untuk berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir.

Inikah Yang Pas kata UMNO 'Kafir'




Sebak apabila melihat kesemua pengunjung yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC menghentikan semua aktiviti berpolitik dan urusan membeli-belah.

Apabila bunyi sahaja azan berkumandang semua yang ada dalam PWTC terus menuju ke masjid PWTC, manakala yang tidak dapat masuk ke masjid PWTC kerana penuh, mereka mencari ruang kosong untuk bersembahyang diluar masjid. Yang pastinya semua umat Islam lelaki tidak lagi dilihat berjalan-jalan di ruang PWTC.

Suasana diam seketika apabila kutbah dibacakan oleh Yg Bhg. Datuk Seri Jamil Khir Baharom tajuk yang berkisar mengenai hijrah Rasulullah



Doa selepas solat Jumaat dan solat hajat yang dibacakan 
oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom


Apa yang menarik hampir semua ruang-ruang kosong telah dijadikan tempat sembahyang termasuk ruang yang dikhaskan untuk media, kawasan pameran penuh dengan barisan saf utnuk bersembahyang Fardhu Jumaat.

Alhamdulillah! adakah ini Pas sanggup mengatakan UMNO parti kafir, murtad atau Pas terpaksa mengikut rentak DAP sanggup melabelkan UMNO sebegitu rupa demi untuk memenangkan cina DAP.

Lebih jahat lagi apabila Pas  sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam sendiri.

UMNO Jangan Panik Jika dilabel oleh Pembangkang sebagai Parti Rasuah kerana itu agenda DAP


Kepimpinan UMNO di seluruh negara diminta tidak panik dengan sebarang tindakan pembangkang yang melabelkan parti itu dengan pelbagai tuduhan negatif yang tidak berasas kerana itu adalah sebahagian daripada agenda cina DAP.

Wakil UMNO Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, tindakan pembangkang itu sebenarnya tidak akan melemahkan parti kerana label mereka berikan kononnya UMNO kumpulan rasuah, tidak demokratik, toghut dan kafir sebenarnya tidak benar sama sekali. Jika dilihat Pas PKR dan DAP lebih teruk daripada itu seperti membeli bas mewah menggunakan duit rakyat,menyewa jet mewah guna duit rakyat, adakah itu baik?

"Saya bagi pihak UMNO Terengganu, saya minta kita jangan panik. Kita tahu bahawa Pas sebagai contoh, adalah parti tipu, Mereka hanya mempamerkan luaran sahaja tetapi kemampuan tidak ada.

Pembangkang tidak hebat mana pun.

"Justeru, kalau kita semua ketua UMNO di peringkat bahagian dan sayap wanita, pemuda dan puteri dan seluruh ahli peringkat akar umbi bersemangat dan bekerja dengan baik, insya-Allah pilihan raya umum akan datang kita menang besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Thursday, November 29, 2012

Polis menahan Pak Habib bersama perempuan Simpanannya di PWTC




Penulis Buku Fitnah Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib yang juga bomoh VVVIP telah ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.



Tiga bulan lalu, penulis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya. Difahamkan Nizar Jamaluddin juga terlibat dalam membantu Pak Habib untuk menulis artikel menghina Sultan.

Turut ditahan teman wanita penulis terbabit.

Pak Habib dinasihatkan menulis kisah hidup Anwar Ibrahim dan Wan Azizah @sepat kering atau bagaimana Mat Sabu terlepas daripada dakwaan berkhalwat dibilik 121.

Malaysiakini asyik deepak..deepak..deepak..deepak kepala Hotak Ko Anwar!

Malaysiakini portal pakatan luar tabie sudah berbulan main isu Deepak entak mana punya mangkok mamak keling garam yang dibawa oleh Anwar Ibrahim untuk memburuk-burukkan Dato Seri Mohd Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein 

Dakwaan baru oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan merupakan usaha untuk mengalihkan tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Katanya, isu berkenaan timbul ketika persidangan Umno berjalan dengan lancar dalam persediaan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Jadi sekiranya ada mana-mana pihak yang nak cuba mengalihkan pandangan kita dengan isu sampingan, saya rasa bukan saja ahli Umno tapi saya harap orang ramai pun jangan terkeliru kerana ada pertimbangan lain dalam pemikiran dan juga agenda mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang ditimbulkan Deep dan Muda ke atas pemimpin Umno.

Bagi Anwar matlamatnya hanya satu iaitu mahu jadi perdana menteri kalau tidak dapat cara elok cara jijik Anwar akan gunakan.

Apa ingat Anwar elok sangat kah? bagaimana dengan kes melanggan pelacur cina sudahkah AMK dapat menangkap kembar siam Anwar yang muka sama macam Anwar dalam video seksnya.

Dalam kes seorang wanita misteri 
Zaliah Zakaria, 56 dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri muncul mengaku menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Zaliah Zakaria 56. - Bekas tokey Lumba Kuda.
Zaliah turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tapi itu hanyalah sebahagian daripada kes yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, kalau nak disebut banyak lagi kes tetapi UMNO mengambil pendekatan tidak menyerang Anwar Ibrahim dengan cara itu kerana cara itu boleh mencemarkan nama baik Anwar Ibrahim dan keluarganya sendiri.

Tetapi bagi Anwar lain pula, dia memilih cara yang begitu jijik mempergunakan Malaysiakini yang dibantu oleh Israel untuk memburuk-burukkan DS Najib dan Rosmah Mansor.

Diharap rakyat dapat membezakan cara Anwar Ibrahim berpolitik dan cara DS Najib berpolitik.

AC Mizal Kini Perwakilan UMNO? Abby Abadi Meroyan lagi


Pengacara yang paling top dan hangat ketika ini AC Mizal dilihat bersama perwakilan memasuki dewan persidangan dalam Perhimpunan Agong UMNO.

Pengacara yang mengacara 'Rajalawak', 'Where The Money Drop' terus mendapat perhatian ramai pengunjung Perhimpunan Agong UMNO sehingga sanggup bergambar dengannya.

Ini juga bukti ramai artis sudah mempercayai bahawa UMNOlah yang dapat mebela nasib mereka berbanding Pas, cina DAP dan PKR.

Hanya artis meroyan yang masih menjanda sahaja yang percayakan HamPas.

Tahniah AC Mizal!

Melawat Rumah Terbakar Di Taman Desa Pinji, Pengkalan


Pada 25 Nov 2012 YB Dato Hamidah sempat turun padang melawat rumah yang terbakar  beralamat di No. 20 Lorong 18  Taman Desa Pinji, Pengkalan, Ipoh Perak.

Keadaan rumah mangsa itu hangus lebihkurang 40% termasuk perabot dan peralatan elektrik. Difahamkan kebakaran yang berlaku dikatakan berpunca daripada kejadian litas pintas.

"Kita akan bantu menggunakan bantuan bencana bagi meringankan beban untuk membaikpulih rumahnya, kata YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat ketika ditemui dilokasi kebakaran.

"Bagi bantuan segera saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meneliti apa-apa bantuan yang perlu dan layak diperolehi bagi membantu mangsa dalam masa terdekat", kata YB Dato Hamidah lagi.

Pihak bomba dan penyelamat menasihati kepada penduduk sebelum meninggalkan rumah agar menanggalkan sambungan peralatan elektrik yang tidak digunakan termasuk pengecas bateri telefon bimbit.

"Ada di antara penduduk meninggalkan pengecas bateri telefon bimbit dengan sius masih terpasang, ini akan mengundang litar pintas", kata pihak bomba


Kebakaran berpunca dari berlakunya litar pintas

Main Swtich yang hangus


Radhi Zainon Jangan Jadi Penipu Mengambil Nama Dari Hasil Kerja Orang Lain


Malulah sikit wahai Radhi Zainon, kalau yer pun nak nama buatlah sendiri perkara lain yang lebih berfaedah. Nama pun ustaz, tapi kenapa jadi munafik begini sehingga sanggup mengaku kerja sendiri sedangkan orang lain bersusah payah merancang, berbincang, berunding dan kemudian melaksanakannya.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian,  Radhi Zainon ini jugalah yang mengetuai beberapa penduduk Cina di Taman Pegoh Aman untuk membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman. Sehingga mereka membawa samseng dari Gopeng cuba menyerang majlis YB Dato Hamidah Osman.
Lihat gambar di bawah, gambar tidak akan berbohong!


Inilah yang dilaporkan oleh Radhi Zainon calon Pas DUN Sungai Rapat melalui blog yang diupahnya:

ARA PAYONG: Terima Kasih Ustaz Radzi Zainon! Itulah yang diungkapkan oleh seorang wakil penduduk Kg Bendera selepas pemasangan lampu jalan di kampung tersebut.

Halil berkata, penduduk kampung itu telah mengadu sejak sekian lama dan sudah bertemu wakil Adun, Kak Midah termasuk ketua kampungtentang permasalahan tersebut.

Menurutnya, beliau juga telah bertemu dengan Menteri Besar, Dato' Zambry di satu majlis untuk mengadu masalah itu namun ianya tidak memberi tanda positif.

Namun katanya, setelah Ustaz Radzi bersama Skuad PAS Batu Gajah meninjau permasalahan penduduk setempat, barulah Adun Sungai Rapat, mengambil tahu tentang masalah itu.

"Dan inilah hasilnya selepas pihak PAS datang meninjau masalah rakyat," katanya selepas lampu siap dipasang.


Itulah pembohongan yang telah dibuat oleh Radhi Zainon dengan matlamat untuk memburuk-burukkan nama YB Dato Hamidah Osman kononnya tidak melakukan apa-apa terhadap Kg Bendera.

Ini pula adalah fakta sebenar yang perlu rakyat terutama dalam DUN Sungai Rapat tahu:

Pada Bulan 18 Disember 2011 - Satu mesyuarat telah diadakan di Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat iaitu di Medan Gopeng yang dihadiri oleh 12 Ketua Kampung dan beberapa wakil JKKK . 

Dalam mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan sendiri oleh YB Dato Hamidah Osman selaku Adun Sungai Rapat. Memang kebiasaannya mesyuarat pembangunan kampung akan dibuat pada akhir setiap tahun dengan tujuan untuk mengenalpasti mana-mana kawasan perlu dibaikpulih .

Dalam mesyuarat itu ke 12 ketua Kampung telah mempersembahkan permohonan pembangunan yang perlu dilakukan di kampung masing-masing termasuk Kampung Ara Payung yang dihadiri sendiri oleh En Azmi bin Abd Wahab.

Dalam Mensyuarat tersebut En Azmi telah mengemukakan beberapa pemohonan pembangunan seperti berikut:

  1. Menurap Jalan - 5 kawasan( Kg. Ara Payung(2), Kg Muhibbah(1) dan Kg Bendera(2))
  2. Futsal - di Kg Ara Payung iaitu merangkumi kesemua kampung
  3. Longkang - 5 kawasan (Kg Ara Payung(3), Kg Bendera(1) dan Kg Muhibbah(1))
  4. Lampu - 12 tiang lampu termasuk di kawasan Kg Ara payung (4), Kg Muhibbah (4) dan Kg Bendera (4) termasuk kws rumah Halil yang pernah mengadu kepada pembangkang pada 25 April 2012.
Oleh kerana peruntukan tidak mencukupi dan perlu diagih ke kawasan kampung yang lain, maka yang telah diluluskan adalah seperti berikut:

  1. Menurap Jalan - 2 kawasan sahaja di Kg Ara payung dan Kg Bendera termasuk rumah Halil 
  2. Lampu jalan - dapat 6 sahaja  Kg Ara payung (2), Kg. Muhibbah (2) dan Kg Bendera (2) termasuk di kawasan rumah Halil 
  3. Futsal - Kg Ara payung agak special sikit kerana diperuntukkan buat padang Futsal sebelah dewan Orang Ramai Kg Ara payung.
  4. Longkang - dapat 2 tempat iaitu di kawasan Dewan Orang Ramai Kg Ara payung kerana kawasan itu agak kritikal penyebab berlakunya banjir.

Jadi bagaimana Radhi Zainon mengatakan dia yang berusaha untuk mendapatkan lampu di kawasan rumah en Khalil sedangkan perancangan telah dibuat oleh Adun Sungai Rapat pada 18 Disember 2011, pembangkang(Radhi Zainon) masuk Kampung Bendera hasut rakyat pada 25 April 2012 seperti dibawah:

Lihat tarikh video yang diuploadkan ke Youtube pada 25 April 2012 iaitu 4 bulan selepas perancangan oleh Adun Sungai Rapat laksanakan bersama ketua-ketua kampung dalam DUN Sungai Rapat.

Video lakonan drama Radhi Zainon dan en Halil ini kemudian di 'publishkan' dalam blog Batu Gajah Mari, iaitu blog budak sekolah yang diupah oleh Radhi Zainon ketika turun di kawasan Dun Sungai Rapat Zon Batu Gajah pada 26 April 2012.

Walaupun blog budak sekolah ini tidak mendatangkan apa-apa kesan tetapi Sungai Rapat Online akan menjawab secara fakta supaya pembangkang tahu siapa Radhi Zainon sebenarnya.

Selepas Radhi Zainon turun jumpa dan hasut en. Halil, Sungai Rapat Online(SRO) maklumkan kepada ketua kampung En Azmi  dan ketua kampung En Azmi Wahab juga turun berjumpa dengan dengan Halil, memberitahu perancangan telah dibuat.

Pada 04 Julai 2012 YB Dato Hamidah turun padang ke Kg Ara Payung bagi meninjau tapak yang sesuai untuk membina padang futsal untuk penduduk sekitar Kg Ara Payung dan selepas itu YB Dato Hamidah terus ke Kampung Bendera melihat sendiri kawasan yang dikatakan bermasalah oleh pembangkang(Radhi Zainon) iaitu hadapan rumah En Halil.

Baju Kuning adalah En Halil yang juga orang UMNO


Menurut En Halil, Radhi Zainon cuma tanya  samada YB Dato Hamidah turun atau tidak ke kawasan rumahnya? Soalan yang begitu bodoh keluar dari mulut Radhi Zainon, secara praktikalnya takkan YB Dato Hamidah nak turun di semua kampung setiapa masa, Ketua Kampung kan ada! jika ada masalah laporlah kepada ketua kampung kerana setiap bulan mesyuarat ketua kampung akan diadakan yang dipengerusikan oleh YB Dato Hamidah sendiri, jika ada masalah ketua kampung akan bawa ke pengetahuan YB Dato Hamidah.

Tapi sebenarnya Radhi Zainon cukup terdesak sengaja mahu jadikan itu sebagai isu politik dan dimasukkan dalam blog agar orang kampung akan termakan hasutannya bahawa YB Dato Hamidah tidak turun padang.

Berbalik pula kepada pemasangan lampu jalan iaitu berdekatan rumah En Halil yang Radhi Zainon dakwa dia yang mengusahakannya.

Menurut ketua Kampung Ara Payung En Azmi Abdul Wahab, beliau mendapat panggilan bagi pemasangan lampu pada jam 10 pagi 28 Nov 2012 dari TNB dan pemasangan lampu itu dibuat pada jam 12:40 tengahari.

Semasa pemasangan lampu ketua kampung ada bersama en Halil sambil  memerhatikan kerja-kerja tersebut.

Kelewatan pemasangan lampu di kawasan Kg Muhibbah dan Kg Bendera kerana tiang lampu dikws kampung Muhibbah tidak ada nombor tiang, jadi TNB susah untuk merekodkannya, kelewatan itu juga menyebabkan pemasangan lampu depan rumah En Halil juga lewat.

Oleh itu Radhi Zainon jangan senang-senang mengaku beliau yang buat semua kerja kerana perancangan telah dibuat pada tahun lepas. Orang lain teruk-teruk buat kerja senang-senang Radhi Zainon mengaku dia yang melakukan kerja-kerja itu.

Sudahlah Pas hanya tinggal kebajikan sahaja dan hilang keIslamannya kemudian jadi pembohong kepada rakyat pula.

Betullah apa yang dikatakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa ucapan perasmian serentak mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri pada 27 Nov 2012 yang lalu bahawa "jangan biarkan Pas menipu rakyat buat kali yang ke 13)

Agar Radhi Zainon Calon Pas Dun Sungai Rapat muhasabah diri sendiri samada layak ker jadi wakil rakyat kalau asyik menipu kerjanya.

Najib kecam Anwar 'Si Kitul moden' hina negara, perosak umat Islam



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diibaratkan Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.

"Waima, sudah 12 kali pilihan raya umum dijalankan di negara ini.

"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.

Anwar sebelum ini meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil.

Bagaimanapun permintaannya itu ditolak Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

Anwar juga dilapor memberitahu Carr beliua punya bukti tentang penipuan pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Tindakan itu bingkas dibidas Najib yang mengatakan "kalau tidak pandai menari, janganlah lantai dikata jongkang jongkit."

"Misalnya, Suruhanjaya Pilihan Raya yakni SPR difitnah bertubi-tubi. Sehinggakan tunjuk perasaan dianjur.

"Kita tahu, mereka lakukan ini sebagai tindakan awal jangka. Sebab, seandainya mereka kalah dalam pilihan raya nanti, bukan faktor tidak mendapat sokongan rakyat akan dibangkitkan namun, pihak SPR lah yang akan disalahkan dan dianggap tidak adil serta tidak berwibawa," kata Najib.

Najib juga dalam ucapan lebih satu jam itu turut melabel Anwar yang pernah bertindak sebagai Menteri Kewangan ketika dalam kerajaan sebagai "sesumpah politik" dan bukan lah pengurus ekonomi yang cekap.

"Beliaulah yang menggunapakai dasar maya Dana Kewangan Antarabangsa atau IMF bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Semua orang mengetahui IMF masa tersebut diketuai oleh sahabat karibnya. Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh Kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan," kata Najib.

Orang seperti selayaknya dipanggil sebagai lidahnya bercabang, ujar beliau.

"Jelasnya, tiada orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung usaha menjamin keselamatan Israel.

"Akan tetapi, apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen... dah... dia menyokong pulak...heran..heran...," tambah Najib.

PM Sedia Bawa Negara, Rakyat Ke Era Pembangunan - Shahrizat


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak lebih daripada bersedia sebagai Perdana Menteri untuk membawa negara dan rakyat ke era pembangunan.

Shahrizat berkata, beliau melihat Najib yang juga Presiden Umno sebagai seorang pemimpin yang bukan hanya anak kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak.

"Beliau (Najib) bukan hanya seorang pemimpin yang dibimbing dan dimentor oleh di antara pemimpin-pemimpin tersohor tetapi berdirinya beliau sebagai pemimpin tersendiri.

"Saya dapat melihat berdasarkan ucapan beliau pada hari ini, Datuk Seri Najib lebih daripada bersedia untuk membawa negara dan rakyat ke satu era pembangunan, kecemerlangan untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Shahrizat berkata, berdasarkan ucapan dasar itu merupakan 'ibu' kepada ucapan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib memberi perhatian dan menjawab segala soalan dan isu yang dibawa oleh pihak pembangkang, satu-persatu beliau kupas dengan penuh logik supaya rakyat Malaysia memahami apa yang akan berlaku jika pembangkang menjadi kerajaan yang memerintah.

"Pada akhirnya Datuk Seri Najib mengingatkan kita adakah kita rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk orang Melayu, orang Islam, tetapi untuk semua rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama, sanggupkah kita menjadi rakyat yang 'bangsat' di negara kita sendiri," katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2012 membuka tirai secara rasmi pada Khamis dengan fokus kepada amanat Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan Umno memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang dihadiri 2,759 perwakilan akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Live Dari PWTC: Ucapan Setiausaha Agong UMNO


Kepimpinan tinggi parti tidak bersikap angkuh dan mahu belajar. Gerakan turun padang dilakukan tanpa mengira usia. Ahli UMNO bergerak aktif. Mencetuskan satu sejarah apab ila Sang Saka Bangsa diarak dari utara ke selatan dan ke Bukit Jalil. 100,000 ahli UMNO berikar setia untuk memperkukuhkan parti

Gerakan serampang dua mata turut dibuat untuk menambah ahli parti dan pendaftaran pengundi di semua bahagian


UMNO kini seramai 3,386,274 orang manakala cawangan UMNO kini berjumlah 21,056. Sabah mempunyai ahli palilng ramai sebanyak 505,852 orang manakala Bahagian Silam di Sabah merupakan bahagian yang mempunyai ahli tetinggi. Cawangan Kampung Tinosa, Libaran, Sabah merupakan cawangan dengan ahli teramai dengan 1,783 ahli.


Perhimpunan Agung UMNO 2012 juga dihadiri oleh 24 parti politik luar negara daripada 21 negara

Sebanyak 67 kelab luar dan badan perhubungan luar negara UMNO turut hadir.

Live Dari PWTC via Utusan TV: Ucapan Dasar Presiden UMNO Dato Sri Mohd Najib



Para perwakilan juga dilihat sudah memasuki Dewan Merdeka di PWTC


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bersama isteri dan seterusnya memeriksa barisan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

Ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dan seterusnya diberikan tabik hormat dan memeriksa barisan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Ketika ini diadakan acara menaikkan bendera UMNO Sang Saka Bangsa dengan diiringi lagu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat

Para pemimpin tinggi UMNO kini menuju ke Dewan Merdeka untuk persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012


Presiden UMNO dan Timbalan Presiden serta para pemimpin UMNO memasuki Dewan Merdeka PWTC

Presiden UMNO Datuk Seri Najib yang diiringi Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO memasuki Dewan Merdeka.

Ulama masyhur Indonesia minta Nurul dan pemimpin Pas bertaubat


Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.

Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut iaitu Nurul Izzah Anwar supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera. Bukan itu sahaja kepada yang menyokong dan mempertahankan Nurul Izzah juga perlu bertaubat.

“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.

“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.

Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.

Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.



"Jangan mentafsirkan ayat-ayat suci Al-Quran jika tidak ytahu maksud sebenar ayat tersebut", kata Dr. Ali Mustafa lagi

Esok Pintu Kaabah Akan Dibuka



Keadaan di sekitar Masjidil Haram kini semakin lengang selepas jutaan jemaah haji telah pulang ke negara masing-masing.

Menurut blogger Mohd. Arshad Ali, keadaan ketika ini juga cukup selesa kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah umrah terutama yang melakukan tawaf di keliling Kaabah.

” Ketika jemaah haji berada di Mekah, penduduk tempatan ramai yang tidak keluar kerana memberi peluang jemaah luar berada di Masjidil Haram.

” Masa inilah (sekarang) mereka menggunakan peluang tersebut untuk beribadah dengan keadaan yang cukup selesa selepas jemaah negara asing kembali ke tanah air mereka,” katanya yang juga pemilik blog hajiarashad.blogspot.com.

Arshad juga memaklumkan bahawa pintu Kaabah akan dibuka kepada orang awam memasukinya esok.

Pun begitu, katanya, peluang tersebut hanya kepada tetamu kerajaan, pembesar dan para diplomat asing.

” Setiap tahun pintu Kaabah akan dibuka sebanyak dua kali, peluang tersebut juga digunakan untuk Gabenor Mekah mencuci ruang di dalamnya,” katanya yang kini menetap di sana.












Isu Salon Unisex: Pas tiada Pilihan Terpaksa tunduk dengan tekanan Cina DAP


Pas tidak ada pilihan terpaksa mengikut telunjuk cina DAP dalam isu salon Unisex.


Tanpa perlu tunggu lama, cuma tiga hari selepas Karpal Singh ‘mengaum’ isu salun unisex di Kelantan, PAS sudah angkat bendera putih bersedia kaji semula peraturan melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Walaupun beri alasan kononnya ikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam tetapi ramai tahu, ramai tahu PAS cukup takut dengan DAP apatah lagi jika parti itu bukan mulut isu yang ada kaitan dengan agama.

Sedangkan beberapa hari lalu, Exco kerajaan Kelantan Datuk Takiyudin Hasan bertegas mahu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menguatkuasa peraturan itu, walaupun selepas Karpal keluar kenyataan membantahnya.

Malangnya, petang Selasa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan Kelantan menimbang semula langkah itu selepas bantahan keras Karpal Singh dan DAP.

Karpal Singh mendesak kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru itu.

Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam.

Selain bantahan DAP, Sankara Nair – seorang daripada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup beri khidmat kepada pihak salun yang disaman MPKB jika melaksanakan peraturan itu.

Ini menyebabkan Hadi tiada pilihan lain kecuali meminta kerajaan PAS Kelantan dan MPKB mengkaji semula peraturan tersebut demi menjaga kesepatan parti itu dengan DAP dan PKR.

Mana maruah PAS? Itu persoalan yang perlu dijawab pemimpin atasan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tersebut apabila akur dengan desakan DAP supaya mengkaji semula perkara itu.

Ini bukan kali pertama PAS terpaksa angkat bendera putih kepada DAP dalam soal peraturan membabitkan agama Islam.

Dulu, PAS Selangor ketika diterajui Datuk Dr Hasan Ali jadi mangsa DAP malah PAS sanggup memecat Exco Agama itu kerana ketegasan beliau cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor babitkan arak, judi, rumah urut, bajet hotel dan sebagainya.

Peristiwa menutup pusat-pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah 2 tahun yang lalu dan peraturan mensyaratkan model-model wanita yang menghiasi papan iklan menutup aurat turut dibantah DAP.

Dan terkini peraturan tidak mengizinkan penggunting dan pendandan wanita bukan Islam melakukan dandanan ke atas lelaki menserlahkan segala-galanya.

Apalah nasib PAS setiap langkah dan tindakannya sentiasa mendapat tentangan dan bantahan daripada rakan sejawat khasnya DAP.

Pimpinan tertinggi PAS pula sering campur tangan dan akhirnya menyebelah kepada kemahuan dan tuntutan DAP sama seperti berlaku di Selangor, Kedah dan Kelantan.

PAS semakin jelas jadi kuda tunggangan sekutu mereka.

Walaupun mereka menafikan, tetapi itulah wajah sebenar PAS kata Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulas sikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan pengecut PAS mempertahan apa hendak dilaksanakan.

“Saya kasihan betul dengan Haji Hadi. Nampak sangat beliau ikut telunjuk dan jadi orang suruhan DAP,” katanya kepada Agendadaily.

Shahrizat berkata, Haji Hadi patut berdiri tegak mempertahankan isu itu bukannya di suruh berdiri berdiri, disuruh duduk, duduk. .

“Saya malu. Apa nak jadi pada PAS ikut telunjuk DAP…telunjuk Karpal, Kit Siang dan Lim Guan Eng. Kenapa sampai begitu sekali?…macam ni punya lemah, macam mana nak jadi pemerintah,” ujar Shahrizat.

Bagi Dr Hasan pula, sedikit rentetan peristiwa berlaku itu pasti mengundang lebih banyak tanda soal di dalam kepala dan benak masyarakat Islam di negara ini.

“Ada pihak mengatakan bahawa pimpinan PAS hanya bermain politik termasuk yang melibatkan perkara-perkara pokok yang berkait dengan dasar perjuangan parti,”

“Ada pula pihak yang lebih lantang tanpa bersembunyi-sembunyi mengatakan bahawa PAS cuba menipu masyarakat Islam mengenai pelaksanaan Hudud dan Negara Islam disamping meraih undi masyarakat bukan Islam,” katanya.

Menurut Presiden Jati itu semuanya ini dilakukan PAS untuk menghormati Buku Jingga yang mesti dirujuk dan restui oleh DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum PAS dapat melaksanakan sebarang peraturan berkaitan dengan Islam.

Tepatlah kata Timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO malam tadi, bahawa PAS ibarat Lebai Malang atau kata orang Pulau Pinang: Baliok Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.

Agenda Daily

Wednesday, November 28, 2012

Wanita Umno Sudah Bersedia Untuk Hadapi PRU13 - Shahrizat


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu ahli sayap parti itu siap siaga menghadapi pengumuman tarikh pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, ketika diambang pilihan raya Wanita Umno masih lagi tenang selepas semua persiapan yang telah dibuat.

“Wanita Umno satu pergerakan yang stabil walaupun tidak glamor. Inilah anugerah Allah kepada kita sebagai ibu. Saya lihat puan-puan semua amat tenang kerana saya percaya kita semua telah bersiap sedia. Ini mencerminkan kesiapsiagaan sebagai jentera menunggu sahaja pengumuman tarikh pilhan raya.

“Saya mahu wanita terus stabil dan senang hati walaupun apa sahaja ujian yang kita hadapi. Kitalah yang jadi 'hamba' kepada mereka yang mahu jadi calon kerana kita punya semangat setia kawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan sayap Wanita Umno di Dewan Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Beliau turut menyeru media bersikap adil dalam melaporkan isu mengenai Wanita Umno.

“Media hari ini, terutamanya media sosial walaupun banyak manfaatnya, sering kali disalahgunakan untuk menjatuhkan orang lain, janganlah begitu. Jagalah maruah kerjaya anda.

“Kepada jentera, apabila pulang nanti teruskanlah perjuangan anda berlandaskan pelan tindakan yang telah dirangka.

“Sentiasalah bekerjasama dengan Puteri dan Pemuda. Mereka ini anak-anak kita dan janganlah bersaing dengan mereka,” katanya.

Shahrizat turut mengingatkan perwakilan Wanita Umno agar berpegang kepada empat perkara berikut: menyelesaikan perselisihan sesama ahli, belajar daripada kesalahan, bersatu sebelum menyuruh orang lain bersatu serta membaja ketelusan dalam perjuangan parti.


Satu sahaja teknik jika mahu menang dalam peperangan iaitu bersatu dalam apa jua rintangan, taatsetia kepada pemimpin, jangan ada yang tikam belakang Insyaallah 50% kemenangan sudah berpihak kepada kita.

Live Dari PWTC: Ucapan Penangguhan dari Dato' Seri Shahrizat Jalil





(Pengerusi Tetap)] Perwakilan yang dihormati, sampai masanya untuk ucapan penangguhan Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

 Wanita UMNO satu pergerakan yang stabil walaupun tidak glamor. Ini anugerah Allah kepada kita sebagai ibu. Kita di ambang pilihan raya tapi saya lihaty puan-puan semua amat tenang kerana saya percaya kita semua telah bersiap sedia.

Puan-puan mencerminkan kesiap siagaan sebagai jentera menunggu sahaja pengumuman tarikh pilhan raya. Jadi Tok Pa, saya mahu sewaktu Mesyuarat MT malam ini janganlah kedekut menyampaikan hujah.

Saya mahu wanita stabil dan senang hati walaupun apa sahaja ujian yang kita hadapi, Kitalah yang jadi 'hamba' kepada mereka yang mahu jadi calon kerana kita punya semangat setia kawan.

Tok Pa, kita berdoa kepada Allah biarlah Kelantan diserah kembali kepada UMNO. Dalam diri Tok Pa ini tidak ada sedikit pun rasa khianat kepada yang lain kerana beliau pemimpin yang baik.

Kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman dan perwira-perwira Sabah yang lain saya mahu beritahu bahawa insya-Allah Sabah akan tetap jadi 'fix-deposit' BN dan Wanita UMNO Sabah akan bantu sedaya upaya Datuk dan rakan-rakan yang lain.

Kepada hero yang kata tiba masanya untuk Wanita UMNO berada di atas, saya ucapkan tahniah dan mahu beritahu bahawa Wanita UMNO Selangor ini hebat-hebat belaka dan saya ucapkan selamat berjaya kerana dalam politik kita tidak sesekali boleh hilang semangat dan terlalu yakin.


Kepada Tan Sri Nafsiah, saya ucapkan tahniah dan mahu beritahu bahawa Tan Sri merupakan tunggak kekuatan Wanita UMNO.

Terima kasih juga kepada keluarga media tetapi saya juga mahu minta berlaku adillah dalam melaporkan mengenai Wanita UMNO, siarkan juga berita-berita mengenai kami.


Media hari ini, terutamanya media sosial walaupun banyak manafaatnya, sering kali disalahgunakan untuk menjatuhkan orang lain, janganlah begitu. Jagalah maruah kerjaya anda.

Saya tabik kepada kepada Ketua Pengarang Utusan, Datuk Aziz Ishak dan warga utusan kerana sentiasa teguh melaporkan kebenaran walaupun diserang dari segenap sudut.

Saya pesan kepada semua buatlah sesuatu untuk bantu pertahankan akhbar yang punya roh keramat yang sentiasa memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepada Tabung Haji saya setuju dengan cadangan agar berikan kepada penyimpan dividen dan bonus yang lebih.


Kepada jentera, apabila pulang nanti teruskanlah perjuangan anda.

Tadi Datuk Kamalia ingatkan saya untuk memperingatkan para perwakilan agar tetap dengan pelan tindakan kita dan sentiasalah bekerjasama dengan Puteri dan Pemuda. Mereka ini anak-anak kita dan janganlah bersaing dengan mereka.

Sidang sekalian, saya ada beberapa perkara mahu ingatkan -

1. Selesaikan perselisihan sesama kita.
2. Belajar daripada kesalahan.
3 .Bersatu sebelum menyuruh orang bersatu dengan kita.
4. Bajakan ketulusan dalam perjuangan.

Paling akhir, impian saya ialah mahu baca ayat ini. Di antara doa yang saya amalkan ialah Doa Haikal dan saya mahu baca Doa Haikal yang ketiga kerana kita semua sentiasa menghadapi cabaran dan ujian.

Allah hanya uji umatnya yang mampu bukan sebaliknya. Maka marilah kita sama-sama membacakannya.


Maka dengan ini bangun puan-puan sekalian dan laungkan bersama HIDUP UMNO! HIDUP WANITA UMNO! HIDUP BARISAN NASIONAL.

Sekian Assalamualaikaum warahmatullahi wabarakatuh.

Ku Sangka Empat Rupanya Lima Kereta Mewah Mak Lampir kah...kah...kah


Sedang berlakon bersama Rafizi lembu yang kuat deria bau
Memang sudah diduga Pakatan Rakyat dalam diam-diam menghimpun kereta-kereta mewah walaupun baru empat tahun menjadi Ahli Parlimen.

Koleksi kereta terakhir yang dibeli oleh anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia yang bernama Zuraidah Kamaruddin atau nama asalnya Mak Lampir semenjak bergelar ahli Parlimen.

Asalnya adalah seorang yang merempat duduk di rumah setinggan menjual ubat kuat untuk pemimpin Pas dan akhirnya berjaya mengumpul koleksi kereta mewah sebanyak 5 buah.

Sebelum ini Mak Lampir dilihat lantang berpasangan dengan Rafizi Ramli menuduh orang-orang Umno melakukan rasuah dan penyelewengan. Rafizi adalah pasangan intim Mak Lampir juga salah seorang pemimpin PKR yang hidungnya mengalami masalah deria bau. Atas sebab itulah dia boleh bertahan untuk kerap berada di sisi Zuraida.

Sebelum ini blog Sel13.com telah mendedahkan tentang koleksi kereta terakhir yang dibeli oleh anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia itu semenjak bergelar YB adalah Mercedes Benz E240 yang didaftarkan pada 24.05.2012.

Ahad lepas atau lebih tepat pada 25.11.2012 seorang ahli PKR di Ampang yang menjadi mata-mata kami untuk memerhatikan pergerakan Zuraida, melaporkan kepada kami pada hari berkenaan Zuraida ada beberapa program di Ampang.

Antara majlis yang dihadirinya pada hari berkenaan adalah penyampaian sumbangan deepavali di Dewan Flat Ahmad Razali Ampang dan dialog dengan penduduk Ukay Perdana di Hotel Flamingo. Pergerakan Zuraida pada hari itu menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI.

Ketika hendak pulang dari Hotel Flamingo salah seorang hadirin sempat bercakap dengan Zuraida dan bertanyakan kepada beliau tentang pendedahan kami berhubung kemampuannya membeli kereta-kereta mewah. Zuraida menjawab kereta Mercedes yang kami dedahkan bukan keretanya dan menunjukkan kereta Mercedes yang beliau gunakan pada hari itu sambil berkata itu kereta orang bagi pakai (pinjam).

Fakta

Kereta yang digunakan Zuraida pada hari berkenaan (25.11.2012).
Model : Mercedes Benz E200 CGI
Nombor pendaftaran : WTP 1970

Kereta yang didaftarkan atas nama Zuraida pada 24.05.2012
Model : Mercedes Benz E240
Nombor pendaftaran : BLR 9680

Semakan kami ke atas kenderaan yang digunakan oleh Zuraida pada hari berkenaan mendapati kenderaan itu didaftarkan di atas nama sebuah syarikat yang berpejabat di Serdang.
Nombor kenderaan : WTP 1970
Model : Mercedes Benz E200 CGI
Pemilik : Automated Contactless Systems Sdn Bhd

Semakan kami di laman MyEG juga mendapati kenderaan yang digunakan Zuraida pada 25.11.2012 untuk program-programnya di Ampang sah didaftarkan atas nama syarikat berkenaan dan terdapat lima tunggakan saman yang belum dibayar.

Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.

Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat ? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida ? Sudah tentu ada udang di sebalik batu !


Inilah kereta mewah yang digunakan Zuraida Ahad 25.11.2012 yang disediakan oleh syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd

Mungkin ada yang berkata Zuraida tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk meluluskan projek. Jika itu telahan anda ternyata silap. Zuraida seorang wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Walaupun beliau tiada kuasa tetapi beliau mempunyai kuasa melobi atau menjadi broker yang membawa projek syarikat-syarikat tertentu untuk diluluskan.

Kebetulan beberapa hari lepas kami menemui sekumpulan wanita PKR. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan kepada kami tentang sikap buruk Zuraida yang melobi projek di sana sini atas nama wanita PKR. Kononnya komisyen yang akan beliau dapat akan digunakan untuk menggerakkan wanita PKR. Bukan sahaja di Selangor malah hingga ke Pulau Pinang.

Kebanyakkan projek-projek yang Zuraida bawa akan diluluskan kerana menggunakan nama wanita PKR. Zaman kemewahan Zuraida ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. 

Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek. Masalah ‘terlebih makan’ telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan.

Setiap komisyen yang Zuraida dapat hasil dari kecekapan beliau melobi projek atas nama wanita PKR tidak disalurkan kepada wanita dengan sepatutnya. Lebih kepada untuk kepentingan beliau. Apabila wanita PKR minta peruntukkan untuk melaksanakan sesuatu program, beliau akan menjawab tiada peruntukan dan meminta mereka berusaha sendiri.

Menurut seorang wanita PKR apa yang terjadi kepada Zuraida sekarang adalah bala hasil dari beliau memakan wang yang sepatutnya menjadi milik parti. Menurut mereka lagi sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin wanita PKR yang tampil mempertahankan beliau apabila kemampuan luar biasanya terdedah.

Senarai kereta-kereta mewah Zuraidah@Mak Lampir



  • No kenderaan : WRL 575
  • No enjin : B5254 T2 A027402
  • Model : VOLVO XC90 2.5 T
  • Tarikh daftar : 01.07.2008
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan : RM 355,000.00



    No kenderaan : WTY 1547
      No enjin : 2KD650 8915




      • No kenderaan : WNA 276
      • No enjin : 1KD687 8384
      • Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
      • Tarikh daftar : 03.11.2011
      • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
      • KP : 580314 71 5206
      • Harga kenderaan: RM 107,000.00


      • No kenderaan : BLR 9680
      • No enjin : 1129 1331 8818 93
      • Model : Mercedes Benz E240
      • Tarikh daftar : 24.05.2012
      • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
      • No Kad Pengenalan: 580314 71 5206


      Nombor kenderaan : WTP 1970
      Model : Mercedes Benz E200 CGI
      Pemilik : Automated Contactless Systems Sdn Bhd

      Persoalannya PKR selalu mencanangkan UMNO adalah parti rasuah tetapi adakah rakyat tahu bahawa pemimpin PKRlah yang paling banyak rasuah.

      Selanjutnya di sini